Pada 10 Januari 2016 (Ahad) telah diadakan Perhimpunan Setia bagi bulan Januari 2016 Penjara Reman Johor Bahru yang telah diadakan di hadapan perkarangan penjara. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan bacaan ikrar yang dipimpin oleh TPP Muhammad Syafiq bin Mohd Sarif. Dalam majlis tersebut juga diadakan pemakaian pangkat kepada 13 anggota yang telah dinaikkan pangkat kepada Koperal Penjara (TBBK) dan penyampaian pingat kepada pegawai dan anggota. Seterusnya PKP Shariff bin Masri, Pengarah Penjara Reman Johor Bahru telah membacakan Perutusan Tahun Baharu 2016 YBhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Johan bin Mohd Shariff dan seterusnya jamuan ringan kepada anggota dan kakitangan.
""