Pada 13 Januari 2016 (Rabu) telah diadakan Perhimpunan Bulanan peringkat Negeri Selangor bagi bulan Januari 2016 di Penjara Sungai Buloh yang telah diadakan di hadapan perkarangan penjara. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Keharmoniaan Rakyat (KDN) , Bakti Setia, bacaan Doa dan bacaan Ikrar jabatan yang dipimpin oleh TPP Muhamad Omar bin Razali. Dalam majlis tersebut juga diadakan pemakaian pangkat kepada 2 pegawai yang telah dinaikkan pangkat kepada Inspektor dan SM serta penyampaian pingat kepada pegawai dan anggota. Seterusnya TKP Darussalam bin Hj Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membacakan Perutusan Tahun Baharu 2016 YBhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar. Acara di sebelah petang pula, TKP Darussalam bin Hj Budin telah mempengerusi Majlis Dialog Bulanan yang juga diadakan di Penjara Sungai Buloh.
""