Saringan penyakit ?tuberculosis? (TIBI) bergerak peringkat institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berlangsung selama lima (5) hari dari 11 hingga 15 Januari 2016 dengan kerjasama baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit daripada menular demi kesejahteraan kesihatan kakitangan dan tahanan. Program ini melibatkan seramai lapan (8) orang anggota KKM termasuk Doktor, Jururawat, Pembantu Perubatan, dan Juru X-ray. Seramai 105 orang kakitangan beruniform dan awam serta 236 orang tahanan dan juvana terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah temuduga kesihatan daripada pegawai KKM, pemeriksaan X-Ray, dan pemeriksaan kahak. Sepanjang program ini berlangsung, bantuan dari segi keselamatan turut diterima dengan kehadiran Unit K9 dan Unit Trup Tindak Cepat (TTC).
""