Sebanyak enam (6) buah mesin jahit industri bagi kegunaan Bengkel Jahit Penjara Wanita Kota Kinabalu dan Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu telah disumbangkan. Dalam ucapan wakil YBhg Datuk Hajah Jainab Binti Datuk Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah Kepada Penjara Wanita dan Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu, beliau menegaskan berkenaan produktiviti masyarakat yang lahir dari Sijil Kemahiran dalam pelbagai aspek sebenarnya menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan yang sejahtera pada masa akan datang. Ternyata usaha murni yang dilakukan di antara Jabatan Penjara Malaysia secara umumnya dan Penjara Wanita Kota Kinabalu dan Sekolah Henry Gurney ( Wanita ) Kota Kinabalu secara khususnya dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah harus diteruskan sampai bila-bila bagi memberi ruang dan peluang kepada bekas penghuni mendapat tempat yang sebaiknya dalam pembangunan sosial yang mampan dan sejahtera.