| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Tahnik Dan Cukur Jambul Anak-Anak Penghuni Penjara Wanita Kajang

Pada 22 Januari 2016(Jumaat), Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Majlis Tahnik dan Cukur Jambul anak-anak penghuni yang di anjurkan oleh Unit Plan Pembangunan Insan (PPI) dengan kerjasama dari Unit Agama Penjara Kajang bertempat di surau Penjara Wanita. Majlis di meriahkan lagi dengan kehadiran PKK Zamiah@Zaimiah Bt Parman, Pengarah Penjara Wanita Kajang. Seramai 30 orang penghuni terlibat bersama 3 anak telah dirai pada majlis ini. Aturcara majlis dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim dari Unit Agama, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) dengan tajuk ?Anak Adalah Hartaku? dan seterusnya majlis bertahnik disempurnakan oleh Ustaz Ali Badram Bin Halim, Iman Masjid Jabatan Penjara Malaysia. Objektif  progam ini adalah  bertujuan untuk menerangkan kepada penghuni bahawa anak adalah harta terbaik di dunia dan akhirat serta memberi pendedahan kepada penghuni berkaitan tanggungjawab sebagai ibu khususnya kepada anak-anak.


""