Pertandingan Kawad Kaki Fasa I (Orientasi) Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016
Pada 27 Januari 2016 (Rabu) - Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Pertandingan Kawad Kaki bagi penghuni yang sedang menjalani Fasa I (Orientasi) yang melibatkan 93 orang penghuni. Pertandingan kawad ini dinilai berdasarkan kepada 4 kategori iaitu pakaian, kerjasama, disiplin dan kreativiti pasukan. Majlis Penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan turut dihadiri PP Kalbin Hj Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, TPP Jomison Gondikit, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan serta pegawai-pegawai pemulihan. Johan keseluruhan dirangkul oleh pasukan Zon Cemerlang 2 (Residivis), naib johan Zon Cemerlang 1 (Umum) dan tempat ketiga ialah Zon Cemerlang 3 (Umum). Objektif program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama di kalangan penghuni, membentuk disiplin, sikap dan akhlak yang lebih positif dalam proses memulih dan merawat penghuni.