Lawatan Sambil Belajar Dari Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Johor
Pada 26.01.2016 (Isnin) Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan sambil belajar seramai 15 orang pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Johor. Rombongan yang diketuai oleh TPPI Wan Hamdan bin Wan Yusof ini telah disambut oleh TPP Mohd Marzuki bin Ibrahim. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat proses penerimaan, pembebasan, penyimpanan barang dan proses perjumpaan penghuni.