Perhimpunan Setia Bagi Bulan Januari 2016 Penjara Tawau, Sabah
Pada 25 Januari 2016 (Isnin) telah diadakan Perhimpunan Setia bagi bulan Januari 2016 Penjara Tawau Sabah yang telah diadakan di gelanggang serbaguna penjara. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan bacaan ikrar yang dipimpin oleh TPP John Kindasan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ubaedillah bin Sodiq. Dalam majlis tersebut juga diadakan pemakaian pangkat kepada Inspektor yang disahkan jawatan, Sarjan ke Sarjan Mejar, 13 Koperal Penjara secara "Time Based" Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) dan pemberian pingat kepada pegawai dan anggota. Turut disampaikan Sijil Penghargaan kepada 3 orang Guru Penyelaras Kadet Koreksional Tawau. Seterusnya PKK Jamil Razif bin Kassim, Pengarah Penjara Tawau Sabah telah membacakan Perutusan Tahun Baharu 2016 YBhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar dan diakhiri dengan jamuan ringan kepada anggota dan kakitangan.