Infokraf Perdana 2016, Jabatan Penjara Malaysia Kelolaan Penjara Negeri Sembilan
23.01.2016 (Sabtu) - Infokraf Perdana 2016, Jabatan Penjara Malaysia kelolaan Penjara Negeri Sembilan telah diadakan di KIP Mart, Senawang, Negeri Sembilan bermula pada 21.01.2016 hingga 31.01.2016. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir sama YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian IPPM, Pengarah Institusi Penjara Zon Tengah, Pelatih Maktab Penjara Malaysia serta orang awam. Aktitivi pameran diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan aktiviti dan pemulihan yang diberikan kepada penghuni sepanjang menjalani hukuman pemenjaraan di dalam penjara. Antara produk yang dijual termasuklah produk berasaskan rotan , kayu, besi, jahitan, makanan sejuk beku, fabrik dan tenunan yang dihasilkan oleh institusi-institusi Jabatan Penjara Malaysia.