Majlis Ihtifal dan Kesenian Islam Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016
Pada 17-18 Februari 2016 (Rabu dan Khamis), Unit Pemulihan & Rawatan, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Ihtifal dan Kesenian Islam 2016 peringkat penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis tersebut melibatkan seramai 85 orang penghuni. Antara program yang diadakan adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan Tahap I, II & III, Marhaban dan Nasyid. Majlis diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan penghuni untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ia juga sebagai salah satu program kerohanian di bawah Program Pemulihan dan Rawatan, Jabatan Penjara Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh TPP Mohd Redzualan Bin Yunus, Timbalan Penguasa Penjara dengan diiringi oleh IP Musdi Bin Bego, Penolong Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Pusat Kota Kinabalu. Kemuncak majlis adalah ucapan perasmian dan penutupan oleh TPP Mohd Redzualan Bin Yunos dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.