Lawatan YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Pada 16 Februari 2016 (Selasa), Penjara Kajang telah menerima lawatan daripada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Kanak-Kanak Kebangsaan.Turut hadir wakil Menteri Dalam Negeri (KDN), YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara dan Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Jabatan Penjara. Lawatan tertumpu ke Sekolah Integriti Kajang. Lawatan bertujuan bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara Jabatan Penjara dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.