| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Panglima 1 Briged Ke Penjara Seremban, Negeri Sembilan

Pada 15 Februari 2016, Penjara Seremban berbesar hati menerima lawatan daripada Brigedier Jeneral, YBhg. Datuk Adnan bin Abu Bakar, Panglima 1 Briged bersama pegawai-pegawai kanan. Ketibaan YBhg. Datuk Adnan bin Abu Bakar, Panglima 1 Briged telah disambut oleh PKK Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban dan pegawai-pegawai kanan. Taklimat ringkas telah diberikan oleh PKK Hafidz bin Othman dan seterusnya lawatan ke bengkel-bengkel serta blok penempatan penghuni. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di Pejabat Perusahaan, Penjara Seremban. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan silaturrahim diantara kedua-dua pihak.


""