Program ini telah di mulakan dengan taklimat oleh pihak urusetia dan pembahagian tugas beserta peralatan kerja pada jam 02.00 petang. Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Alor Gajah, Pejabat Pendidikan Alor Gajah dan Sekolah-sekolah sekitar Alor Gajah, Jabatan Penjara Negeri Melaka Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka,. Peserta Program ini juga telah membersihkan kawasan persekitaran Dataran Keris, Alor Gajah, mengecat pembahagi jalan, mengecat, menanam pokok-pokok landskap. Program berakhir kira-kira jam 4.00 petang.