Program Derma Darah Kakitangan Penjara Simpang Renggam, Johor
Pada 2 Februari 2016 (Selasa) bertempat di Rumah Kelab Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Program Derma Darah kerjasama diantara Penjara Simpang Renggam, Johor dan Unit Tabung Darah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. Program ini telah disertai oleh seramai 60 orang pegawai pelbagai pangkat. Program murni yang dianjurkan ini secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan hubungan silaturrahim, malah menyumbang kepada komuniti bagi menyelamatkan nyawa. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah berakhir pada jam 5.00 petang.