| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, AntiDadah, Rela (PDR) Kementerian Dalam Negeri Ke Penjara Bentong, Pahang

Pada 7 Januari 2016 (Khamis), Timbalan Setiausaha Bahagian  Kepenjaraan, AntiDadah & Rela (PDR) Kementerian Dalam Negeri, Puan Siti Nor Rafidah binti Saiman telah melakukan lawatan kerja ke Penjara Bentong, Pahang. Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat operasi Penjara Bentong oleh PKP Aminon bin Adnan dan seterusnya rombongan dibawa melawat ke Blok Tahanan POCA, Unit Sajian, Bengkel Tenun Pahang DiRaja, Sekolah Integriti Bentong dan Bengkel Pastry. Turut hadir ialah TKP Osman bin Ahmad, Timbalan Pengarah Keselamatan & Inteligen IPPM, TKP Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, TKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong serta Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Bentong.


""