Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Penjara Negeri Melaka, Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, JKR, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan syarikat SWM. Peserta program ini juga telah membersihkan kawasan persekitaran dalam bangunan seperti mencuci lantai, membersihkan sawang dan mengecat pembahagi jalan dan memotong pokok di sekitar Melaka International Bowling Centre (MIBC). Program ini juga merupakan salah satu Program Intervensi ke atas ODP dan Penghuni Rumah Perantaraan supaya dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan dan seterusnya dapat mengubah cara kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik disamping memberikan peluang kepada mereka untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.