Laporan Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina 2016 Penjara Miri, Sarawak
Pada 17 Februari 2016 (Rabu) telah diadakan program Jalinan Kasih sempena Tahun Baru Cina bertempat di Dataran Mini Kenyalang Penjara Miri. Seramai 5 orang penghuni telah dipilih menyertai Program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina pada kali ini. Majlis bermula pada jam 09:30 pagi dengan ucapan perasmian daripada Timbalan Pengarah Penjara Miri, PP Muhammad Khalid Bin Muhammad dan seterusnya disusuli dengan upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian.