Majlis Penyerahan Dan Menandatangani Dokumen Kuarters Kakitangan Pusat Koreksional Dungun, Terengganu
Pada 24 Februari 2016 (Rabu), Pusat Koreksional Dungun Terengganu telah mengadakan Majlis Penyerahan Dan Menandatangani Dokumen Serahan Kuarters iaitu 1 unit kelas C, 2 unit kelas D, 18 unit kelas F serta bangunan Surau Al-Azim Kakitangan di institusi ini. Seramai 18 orang pegawai dan anggota serta ahli keluarga yang menduduki kuarters turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis menandatangi dokumen tersebut turut dihadiri oleh Encik Mat Yuna Bin Hj.Daud, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun, Wakil Kontraktor Haji Embong Sdn.Bhd, Ketua-Ketua Jabatan kawasan sekitar, pihak media serta kakitangan. Penyerahan 'mock-up' kunci rumah telah dilakukan oleh PKP Mat Bin Yaacob, Pengarah Pusat Koreksional Dungun kepada kakitangan yang mendiami kuarters tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke Kuarters berkenaan.