Sambutan Hari Penjara Ke 226 Peringkat Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad, Melaka
23 Februari 2016 : Bertempat di Dataran Agro, Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke 226. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan turut melibatkan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka serta Muzium Penjara Malaysia. Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Bakti Setia, pemakaian pangkat Koperal TBBK dan pingat serta penyampaian sijil penghargaan kepada majikan. Selain itu, turut diadakan program pemeriksaan kesihatan untuk kakitangan. Program diteruskan pada sebelah petang dengan mengadakan lawatan ke rumah pesara, manakala sebelah malam pula telah diadakan majlis bacaan doa selamat dan ceramah agama.