Pada 27 November 2016 (Ahad), Penjara Simpang Renggam telah mengadakan program khatan perdana anak?anak kakitangan bertempat di Rumah Kelab Penjara Simpang Renggam. Seramai 23 anak?anak kakitangan terlibat dan program khatan perdana ini di mulakan dengan perarakan peserta berkhatan dari Surau Penjara ke Rumah Kelab seterusnya peserta disiramkan dengan air Bomba. Turut membantu menjayakan program ini Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Bomba Renggam. Gimik perasmian disempurnakan oleh KP Haji Abdul Wahab Bin Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor dan turut dihadiri oleh PKP Azman Bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, Ketua Balai Bomba Renggam dan wakil khas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Tuan Taib Bin Kosman.
""