Pada 23 November 2016 (Rabu) Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menjadi pengelola Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney yang diadakan di Dewan Gemilang Penjara Sungai Udang Melaka. Perasmian Majlis Anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Turut hadir pada majlis ini KP Haji Nordin bin Haji Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan, TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Tuan Haji Abd Halim bin Malik, Pegawai Pendidikan Melaka Tengah, En Azhan bin Anuar Ketua Sektor Pendidikan IPPM, Pengarah�-Pengarah Institusi dan Penyelia-Penyelia Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Objektif program ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru atas usaha gigih dan kesungguhan dalam mencapai kejayaan cemerlang di dalam keputusan SPM serta ko-kurikulum sepanjang tahun 2015. Anugerah Khas Komisioner Jeneral Penjara telah dianugerahkan kepada Fredoline Jestin dari Sekolah Henry Gurney Keningau Sabah.
""