Pada 06 Disember 2016 (Selasa) bersamaan 06 Rabiul Awal 1438H, Unit Agama Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh TPP Fauziah Binti Husain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Turut bersama menyerikan majlis adalah Puan Lim Kim Mooi, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, para tetamu jemputan daripada Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah dan Labuan serta Pegawai Agama daripada Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sabah dan kakitangan dan penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu.
Sambutan ini dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai dan perarakan daripada penghuni dan diteruskan dengan ceramah yang bertajuk ?Rasulullah S.A.W Penyatu Ummah? yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ku Muhamad haris bin Ku Zakaria, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Pusat Kota Kinabalu. Melalui ceramah tersebut, semua yang hadir dapat menghayati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W dan sunnahnya agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, sambutan ini telah diserikan lagi dengan bacaan al-quran dan terjemahan serta persembahan nasyid daripada wakil penghuni. Program Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya serta dapat memberi penghayatan dan rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W kepada semua yang hadir.
"" Sambutan ini dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai dan perarakan daripada penghuni dan diteruskan dengan ceramah yang bertajuk ?Rasulullah S.A.W Penyatu Ummah? yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ku Muhamad haris bin Ku Zakaria, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Pusat Kota Kinabalu. Melalui ceramah tersebut, semua yang hadir dapat menghayati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W dan sunnahnya agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, sambutan ini telah diserikan lagi dengan bacaan al-quran dan terjemahan serta persembahan nasyid daripada wakil penghuni. Program Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya serta dapat memberi penghayatan dan rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W kepada semua yang hadir.