Pada 15 Disember 2016 (Khamis) jam 8.00 pagi bertempat di Auditorium Sri Sarawak telah diadakan Majlis Perhimpunan Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo Bagi Bulan Disember 2016. Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Komisioner Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Penguasa Nazri bin Mohamad, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo, Penguasa Achon anak Tadeng dan turut dihadiri seramai 60 orang pegawai dan kakitangan Penjara Puncak Borneo. Aturcara majlis diisi dengan Pemakaian Kenaikan Pangkat Penguasa Penjara Secara Fleksi Gred KA41/KA44 dan Pemakaian Pangkat Timbalan Penguasa Gred KA41. Majlis juga diteruskan dengan Sesi Dialog Bersama Pegawai dan Kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo yang dipengerusikan oleh Timbalan Komisioner Ajidin bin Haji Salleh.
""