| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Penghuni Penjara Dan SHG (W) Sempena Hari Natal

Pada 09 Disember 2016 (Jumaat), institusi ini telah mengadakan Program Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Penjara dan SHG (W) sempena Hari Natal yang diadakan bertempat di Family Hall, Penjara Wanita Kota Kinabalu. Seramai lapan orang penghuni termasuk empat juvana dan 23 orang ahli keluarga terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Katherine Lee Mei Oi dari Lembaga Hakim Pelawat bersama para jemputan dari Prison Fellowship dan Persatuan Buddha. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan penghuni dengan keluarga agar tidak merasa dipinggirkan serta menyemaikan rasa kasih sayang dan hormat menghormati sesama insan selaras dengan halatuju program pemulihan yang dilaksanakan terhadap penghuni.


""