| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Daripada Pegawai Konsulat Republik Indonesia

Pada 08 Disember 2016 (Khamis), Penjara Pusat Sri Aman   telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Konsulat Republik Indonesia dari Kuching yang bertujuan berjumpa dan mendapatkan data daripada banduan Warganegara Indonesia yang berada di Penjara Pusat Sri Aman. Kunjungan hormat tersebut diketuai Encik Jahar Gultom (Konsulat Jeneral RI Kuching), Encik Windu Setiyoso, PF Konsuler-I KJRI bersama-sama 2 orang staf konsulat Indonesia yang bermula pada jam 10.30 pagi. Seramai 56 orang banduan warganegara Indonesia telah terlibat dalam perjumpaan itu yang diadakan di Bilik Kuliah Agama, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman. Perjumpaan itu selesai lebih kurang jam 12 tengahari.


""