Pada 19 Disember 2016 (Isnin) telah di adakan satu majlis sambutan khas bersempena sambutan Hari Krismas bertempat di Dewan TC, Unit Pemulihan, Penjara Wanita Kajang. Majlis ini telah di kelolakan oleh unit Pemulihan Penjara Wanita Kajang dengan kerjasama Persatuan Prison Fellowship Malaysia melibatkan seramai 66 orang penghuni beragama Kristian. Majlis bermula dari jam 10 pagi dan selesai pada jam 12 tengah hari. Di akhir majlis tersebut Persatuan Prison Fellowship Malaysia turut berbesar hati memberi sumbangan berupa barangan keperluan asas untuk diberikan kepada penghuni yang tidak pernah dilawati oleh keluarga.
""