Kamunting - 19 Disember 2016 (Isnin), telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada penghuni daripada Persatuan Kristian Katolik Perak sempena Hari Krismas yang disampaikan oleh En. Eugene Jude Miranda A/L F.V. Miranda, Direktor Persatuan Kristian Katolik Perak berserta rombongan. TPP Mahadevan A/L Karuppan, Timbalan Penguasa Penjara Bahagian Pemulihan Pusat Koreksional telah menerima sumbangan yang berbentuk tuala dan sabun mandi bagi mewakili Pengarah Pusat Koreksional Kamunting. Turut diadakan program ceramah Krismas (MISA dan PEMBASTIKAN orang banduan). Program ini bertujuan untuk memberikan keinsafan dan menimbulkan rasa kekesalan kepada penghuni atas kesilapan lampau mereka.
""