Pada 15-16 Disember 2016 buat julung kalinya seramai 12 anggota dan kakitangan Penjara Pusat Miri telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095.2 meter. Kejayaan ini amat bermakna kerana ianya merupakan kali pertama Penjara Pusat Miri menganjurkan program mendaki Gunung Kinabalu. Antara objektif ekspedisi ini adalah untuk membina semangat kerja berpasukan di samping memupuk gaya hidup sihat di kalangan anggota.
""