Pada 12 Disember 2016 (Isnin) bertempat di Padang Stadium Hang Tuah, Melaka sejumlah 43 kontijen yang terdiri daripada murid dan pelajar sekolah, badan-badan Bukan Kerajaan, Syarikat Swasta dan Jabatan Kerajaan telah berhimpun bagi menjayakan Perarakan Maulidul Rasul 1438H Peringkat Negeri Melaka. Jabatan Penjara Malaysia Negeri Melaka turut menghantar sejumlah 60 peserta iaitu 40 orang wakil yang terdiri daripada kakitangan lain-lain pangkat dan 20 orang penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Pengarah Penjara Negeri, TKP Abdul Aziz Mohamad dan Ketua-ketua Institusi Negeri Melaka turut hadir menyerikan lagi perarakan tersebut.
Perhimpunan seawal 7.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Hj. Idris Bin Hj.Harun dan seterusnya dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob.
Perarakan keluar kontijen Penjara dari stadium diiringi oleh pasukan kompang dan laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S..A.W yang diketuai oleh Sarjan Mejar Penjara Mo?ed bin Salleh. Perarakan bermula daripada Padang Stadium Hang Tuah Melaka dan berakhir di Perkarangan Masjid Al-Azim Bukit Palah, Melaka.
"" Perhimpunan seawal 7.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Hj. Idris Bin Hj.Harun dan seterusnya dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob.