Pada 21 Disember 2016 (Rabu) telah diadakan Program Kesihatan dan Pemeriksaan Penghuni Wanita Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka yang telah di kendalikan oleh Dr Ayuwati Bte Mohd Ali, Pegawai Perubatan Klinik SHG Telok Mas. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan awal tentang risiko serta bahaya kanser servik dikalangan wanita. Ceramah Kanser Servik dan Kanser Payu Dara telah disampaikan oleh Dr Rozita Bte Ghazali, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Ayer Molek dan dibantu oleh 4 orang jururawat terlatih yang turut membantu membuat ujian saringan kesihatan Pap Smear dan pemeriksaan klinikal payudara kepada penghuni-penghuni wanita yang menjalani pemulihan di institusi ini.
""