Pada 28 Disember 2016 (Rabu), Penjara Pokok Sena telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempana Krismas Peringkat Penghuni yang diadakan di Dewan Pemulihan yang melibatkan 10 orang penghuni beragama kristian. Program ini telah di sempurnakan oleh TPP Abd Ghani Bin Md Isa, Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pokok Sena yang turut di hadiri Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Pertubuhan Trinity Bartish Church dan Media. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan penghuni dengan keluarga agar tidak merasa dipinggirkan serta menyemaikan rasa kasih sayang dan hormat menghormati sesama insan selaras dengan halatuju program pemulihan yang dilaksanakan terhadap penghuni.
""