Pada 29 Julai 2016 (Jumaat), bertempat di Dewan Bestari, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis telah disempurnakan oleh PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan turut dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan. Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada penghuni-penghuni yang terpilih merayakan perayaan Aidilfitri bersama ahli keluarga tersayang. Seramai 20 orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini dan seramai 19 keluarga penghuni yang berkesempatan untuk hadir ke majlis ini yang melibatkan 75 orang ahli keluarga.
""