Bertempat di Blok A Kuarters Kakitangan Penjara Sungai Udang, Melaka pada 27.07.2016 (Rabu) telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Tabika KEMAS Penjara Sungai Udang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Prof.Madya Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu. Turut hadir pada majlis tersebut TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka serta Ibu bapa dan anak-anak Tabika KEMAS Penjara Sungai Udang, Melaka.
""