Bertempat di Muzium Penjara Malaysia, Melaka pada 18.07.2016 (Isnin) telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Negeri Melaka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamed, Pengarah Penjara Melaka. Turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka, Pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka, Pengerusi EXPOAM Melaka, serta 500 orang keluarga kakitangan. Majlis tersebut telah diserikan dengan pertunjukan bunga api, pertandingan gerai tercantik, pemberian duit raya dan karaoke. Pada majlis tersebut, Penjara Sungai Udang telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan gerai tercantik.
""