Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan pada 01 Ogos 2016 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Seramai lebih kurang 200 orang anggota terlibat dalam majlis ini yang terdiri daripada keseluruhan lapisan pegawai dan kakitangan. Turut diadakan majlis pemakaian pangkat melibatkan 01 orang anggota daripada Sarjan kepada Sarjan Major (SM) dan 16 orang anggota lagi dinaikkan pangkat daripada Wadar kepada Koperal melalui Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK). Majlis perhimpunan dan pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh YDH PKK Rosman bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""