Pada 29 Julai 2016 (Jumaat), bertempat di Family Hall, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh TPP Fauziah bt Hussain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu bersama Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga tersayang. Selain itu majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah, PKK Nora Binti Musa serta aktiviti pertandingan mengayam ketupat dan Kad Ucapan Hari Raya paling Kreatif berjaya memeriahkan lagi suasana majlis. Seramai 09 Banduanita dan 02 Juvana yang layak dan terpilih untuk menyertai program ini bersama-sama 32 orang keluarga yang hadir.
""