Pada 28 Julai 2016 (Khamis) - Institusi Penjara Seremban telah mengadakan aktiviti Gotong Royong Perdana bermula seawal jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Gotong Royong Perdana tersebut turut disertai oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, PP Usman bin Mala, Timbalan Pengarah Penjara Seremban, pegawai-pegawai kanan dan lain-lain anggota. Dalam program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan malah turut memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Semangat dan kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga kerja institusi dalam program seperti ini amatlah dihargai.
""