Pada 21 Julai 2016 (Khamis) jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang telah diadakan Program Perkhidmatan Saringan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bertempat di Mess Pegawai, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Program anjuran Bahagian Pembangunan Profesionalisme ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang. Seramai 9 orang petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat terlibat pada program ini. Antara pemeriksaan yang telah diadakan ialah ukuran berat badan dan ukuran ketinggian (BMI), pemeriksaan gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan 'pap smear' (wanita sahaja) dan penerangan mengenai kesan akibat merokok.
""