| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu 2016

Pihak Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan jamuan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 28 Julai 2016 (Khamis) yang lalu. Sambutan Hari Raya ini diadakan untuk meraikan para pelajar serta para guru dan pegawai-pegawai yang bertugas di Sekolah Henry Gurney. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Lim Kim Mooi. Pelbagai persembahan telah disediakan oleh para pelajar antaranya ialah persembahan lakonan, tarian dan juga nyanyian. Menu utama yang dihidangkan kepada para tetamu ialah Bihun Sup Korea Utara dan cendol. Para pegawai dan guru-guru telah bergotong-royong menyiapkan juadah untuk jamuan hari raya. Turut hadir memeriahkan majlis adalah panel Lembaga Hakim Pelawat Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu.


""