| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Institusi Pusat Koreksional Kamunting

Pada 27 Julai 2016 (Rabu), telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat institusi Pusat Koreksional Kamunting. Majlis dihadiri oleh Ketua institusi berhampiran, para persara dari institusi ini, pegawai dan kakitangan seisi keluarga serta para jemputan lain. Pada majlis ini juga, PKP Faisal Bin Mohamed Noor, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan institusi ini. Beliau turut meluangkan masa melawat gerai-gerai makanan yang menyajikan pelbagai juadah di samping beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan yang hadir. Majlis juga diserikan lagi dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah, pemilihan pakaian keluarga sedondon dan pemilihan gerai terbaik.


""