Pada 02 Ogos 2016 (Rabu) bersamaan 28 Syawal 1437H, Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Santai Aidilfitri Peringkat Penjara Kajang diperkarangan Dewan Teratai, Maktab Penjara Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Negeri Selangor/ /W.P. Kuala Lumpur, TKP Hj Darussalam Bin Hj Budin, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Selangor serta isteri. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan hiasan gerai paling kreatif, pertandingan karaoke bertema hari raya, keluarga berpakaian sedondon, Ikon Santai Aidilfitri kategori lelaki dan wanita, penyampaian duit raya kepada anak-anak dan cabutan nombor bertuah. Majlis Santai Aidilfitri ini berkonsepkan gotong-royong yang terdiri daripada 11 platun dengan beraneka juadah disediakan.
Majlis ini juga membuka peluang bagi beramah mesra serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan kakitangan dan keluarga. Aktiviti ini adalah pencetus kepada amalan kunjung-mengunjung bagi menghidupkan kembali tradisi yang kian tenggelam di telan arus pemodenan.
"" Majlis ini juga membuka peluang bagi beramah mesra serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan kakitangan dan keluarga. Aktiviti ini adalah pencetus kepada amalan kunjung-mengunjung bagi menghidupkan kembali tradisi yang kian tenggelam di telan arus pemodenan.