Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) telah diadakan Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Ogos 2016 bertempat di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Pusat Miri. Seramai (62) orang pegawai dan kakitangan telah menyertai perhimpunan bulanan pada kali ini. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar jabatan, ucapan oleh PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh, Pengarah Penjara Pusat Miri dan penyampaian sijil dan hadiah kepada Pekerja Cemerlang bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2016.
""