Pada 03hb Ogos 2016 (Rabu),
Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas telah menerima
lawatan kerja YBhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Komisioner
Jeneral Penjara Malaysia. Lawatan turut disertai oleh YBhg Komisioner
Penjara Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Pengarah
Dasar Kepenjaraan, YBhg Timbalan Komisioner Penjara Dato' Haji Abdul
Aziz Bin Abdul Razak, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Timbalan
Komisioner Penjara Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Pengarah
Pembangunan Profesionalisme, Kolonel Radzuan Bin Hj Abu Bakar, Pegawai
Memerintah Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan, Penguasa Penjara
Muhammad Asri Bin Sabu, Timbalan Pengarah Penjara Negeri, Negeri
sembilan, Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera
Malaysia. Majlis dimulakan dengan taklimat persiapan lawatan Delegasi
ICBOS oleh Timbalan Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah, Pegawai Yang
Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin,Gemas Negeri
Sembilan serta lawatan ke tapak agrikultur dan akuakultur seperti tapak
penternakan ikan keli, ladang ternakan ayam kampung dan ladang
nenas.
""