Pada 01 Ogos 2016 (Isnin), bertempat di Padang Futsal, Penjara Pusat Sibu, telah diadakan Majlis Gawai Raya Kakitangan Peringkat Penjara Pusat Sibu Tahun 2016 sempena sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini telah disempurnakan oleh PKP Bismillah Bin Abang Masra, Pengarah Penjara Pusat Sibu dan turut dihadiri Pegawai-pegawai Kanan dan seluruh kakitangan. Selain itu majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek bin Musa dan pegawai-pegawai dari Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti seluruh negeri Sarawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada anak-anak warga kakitangan penjara.
""