Program Jalinan Kasih 1Malaysia Penghuni Penjara Penor Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2016 telah diadakan pada 23 Julai 2016 (Sabtu) bertempat di Perkarangan Bengkel Zon 2 Penjara Penor. Seramai 20 orang penghuni berbilang bangsa yang terpilih telah mengikuti program yang dirasmikan oleh YBhg. TKP Dato? Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang. Turut hadir Pengarah Penjara Penor, YBhg. PKK Dato?'Abu Hasan Bin Hussain, PP Sazali Bin Shariff, Timbalan Pengarah Penjara Penor serta pegawai kanan institusi Penjara Penor dan juga Pejabat Penjara Negeri Pahang. Majlis diserikan lagi dengan persembahan karaoke lagu raya serta pentomen oleh penghuni Penjara Penor.
""