Program Diskusi Ilmiah bersama Ustaz Dr Zamihan bin Mat Zin Al Ghari, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia telah diadakan pada 8 Ogos 2016 (Isnin) bertempat di Dewan Perdana Penjara Bentong. Program bermula pada jam 3.30 petang dengan tajuk ?Ancaman Militan Islamic State Dan Strategi Menangani?. Tujuan program ini adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan berkaitan ancaman Islamic State atau DAESH serta strategi menangani ancaman tersebut kepada kakitangan Penjara Bentong dan keluarga. Turut hadir TKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.
""