Pada 2 Ogos 2016 (Selasa), telah berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri Kakitangan Penjara Bentong bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong bermula jam 9.00 malam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar dan Datin Sri, YBhg TKP Dato? Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang dan Datin, Pengarah-Pengarah Penjara Institusi Negeri Pahang, serta Ketua-Ketua Jabatan sekitar Daerah Bentong dan Ketua-Ketua masyarakat setempat. Majlis diserikan dengan persembahan hiburan oleh Band D?Pagas serta persembahan dari rumah-rumah sukan, pertandingan gerai tercantik dan kreatif serta cabutan nombor bertuah.
""