Program Jalinan Kasih Penghuni Penjara Bentong Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2016 telah diadakan pada 27 Julai 2016 (Rabu) bertempat di Dewan At-Tarbiyyah Penjara Bentong. Seramai 19 orang penghuni dan 6 orang Banduan Akhir yang terpilih telah mengikuti program yang dirasmikan oleh YBhg. TKP Dato? Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang. Turut hadir Pengarah Penjara Bentong, TKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, PP Azhari bin Zaman, Penguasa Penjara Penjara Bentong serta pegawai kanan dan kakitangan institusi Penjara Bentong.
""