Pada 4 Ogos 2016 (Khamis) bertempat di Dewan A/B Penjara Kajang,Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Kajang telah mengadakan Program Hari Raya Aidilfitri peringkat penghuni yang melibatkan seramai 290 orang penghuni. Antara pengisian program ialah persembahan karaoke, dikir barat dan boria daripada penghuni. Majlis ini turut dihadiri oleh PP Marzuki Azmi Bin Bidi selaku Ketua Bahagian Pemulihan, TPP Wong Seng Siang, pegawai kanan dan anggota yang terlibat dalam program tersebut. Ianya selaras dengan sambutan bulan raya dan mewujudkan suasana harmoni dikalangan banduan yang berbilang kaum.
""