Pada 02 Ogos 2016 (Selasa), telah berlangsung Program Jalinan Kasih bersempena sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri peringkat penghuni bertempat di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Pusat Miri. Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh. Program ini telah disertai oleh seramai (11) orang penghuni dan lebih kurang (50) orang ahli keluarga penghuni yang terlibat. Program yang bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari mendapat sambutan yang baik dan sokongan daripada ahli keluarga penghuni yang terlibat. Ianya diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim dikalangan penghuni dan ahli keluarga yang terpisah disamping memberikan suasana sambutan perayaan Hari Gawai dan juga Hari Raya Aidilfitri kepada mereka.
""